Thursday, 8 December 2011

Asas Falsafah Pendidikan Muzik

1.     Dalam situasi bilik darjah pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik, pendidik muzik perlu memahami asas falsafah dalam membantunya menjayakan P&P dengan lebih menarik dan berkesan.
2.     Pemahaman yang jelas terhadap falsafah akan dapat membantu pendidik muzik memahami isu asas dalam dalam kehidupan sama ada dalam @ luar bilik darjah.

3.     Falsafah pendidikan muzik ini membantu seorang pendidik muzik lebih berkeyakinan dan menjadikannya sebagai bahan rujukan dalam memahami situasi pelajar dan pembaharuan dalam aspek pengajaran di dalam bilik darjah
 
4.     Melalui pengetahuan dalam falsafah juga membantu seseorang pendidik dalam membuat keputusan yang memerlukan mereka berfikir secara mendalam bagi mengelakkan kesan ke atas pelajarnya di masa hadapan.
4 PRINSIP PESTALOZZI
1. Mengajar bunyi sebelum tanda atau simbol (kaedah hafalan sebelum  
catatan ) para pelajar didiedahkan dengan nyanyian sebelum mempelajari    
notasi muzik.

2. Kaedah discovery learning dipraktikkan dengan memberi peluang pelajar  
menerokai bunyi, meniru bunyi dan seterusnya membuat kesimpulan  
berkaitan bunyi yang didengar samada bunyi sekeliling atau bunyi yang
    diciptakan.

3. Peluang latihan dan kajian berkaitan dengan  elemen muzik dipraktikkan  
melalui usaha sendiri dan seharusnya mencukupi dan ini berkaitan  
pendekatan berkonsep.

4. Nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental diselaraskan dengan  
    dan nyanyian solfa tidak digalakan.

Followers